
PROFIL SK KANGKA TEBRAU
Tentang Kami
SEKOLAH MELAYU KANGKAR TEBRAU
(SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKA TEBRAU)
Pada awal pembinaan Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau ia telah bermula dengan tumpangnya murid di bangunan kedai lama yang telah dijadikan sekolah bermula pada tahun 1931 dengan jumlah murid 20 orang.Pada masa tersebut Kangkar Tebrau masihsebuah pekan.Dideretan bangunan itu terdapat balai polis,kastam dan jeti untuk memunggah barangan.Kerana pada masa tersebut Kangkar masih lagi salah satu pengeluar lada hitam.
Kemudian pada tahun 1933 barulah sekolah ini berpindah tapak yang sekarang.Pada masa tersebut ia dikenali sebagai Sekolah Melayu Kangka Tebrau.
Pada asalnya sekolah ini di kawasan yang dipenuhi dengan kelapa dan lada hitam.Pada masa tersebut hanya terdapat 10 buah rumah sahaja.Kebanyakan murid pada masa itu dari Batu tujuh,Pandan dalam dan luar.Pada masa tersebut murid makin bertambah kepada 93 orang sahaja.Bangunan yang ada pada masa tersebut Cuma bangunan kayu sahaja yang tidak dilengkapi dengan apa-apa. Pada masa tersebut murid Cuma bersekolah setakat darjah empat sahaja.
Guru seramai 4 orang.Guru Besar pada masa tersebut dikenali sebagai Cikgu Md Said dibantu oleh Cikgu Omar,Cikgu Raja Mat dan Cikgu Kassim.Bagi Tahun 5 dan 6 murid akan ke Sekolah Ayer Molek.Pada masa tersebut tidak ditetapkan had umur.
Pada tahun tersebut murid Cuma belajar dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.Pelajaran yang diajar pada masa itu ialah Congak,Ilmu Hisab,Tulisan Rumi,Bacaan Melayu,Ilmu Alam dan Tawarikh.Sebelum memulakan pelajaran murid akan berkebun sayur dengan menyiram tanaman yang disediakan.
Selepas Perang Jepun
Bangunan Sekolah Kangka telah mengalami perubahan dengan pertambahan bangunan.Pada tahun 1933 hanya terdapat sebuah bangunan sekolah yang dibuat daripada kayu dan padang.Pada masa pembinaan awal tidak ada kemudahan asas ,jadi bagi mendapatkan bekalan air kiri dan kanan bangunan Wira disediakan kolah untuk menakung air daripada air hujan.Air itu digunakan untuk aktiviti tanaman dan sumber yang lain.
Bermula dengan bangunan Wira dan diikuti dengan bangunan Sateria.Seiring dengan pertambahan murid dan perkembangan pendidikan,kedua-dua bangunan diruntuhkan bagi pembangunan dan digantikan dengan bangunan Exora.Pada hujung 60an telah dibina bangunan sekolah yang mempunyai tiang kerana kawasan sekolah ini sering dilanda banjir bila musim tengkujuh.Bangunan ni berdiri teguh hingga sekarang iaitu blok Iswara.Pada wal 80an bangunan Perdana pula telah dibina bangunan tersebut lebih tinggi dan telah ditambak sebelum didirikana bangunan.Pada 90an pula telah dibina bangunan di blok Rusa dan Putera.
Seiring dengan kepesatan pembangunan Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau telah mempunyai 5 blok yang telah dijenamakan denagn nama baru iaitu Efektif,Intelek,Perdana,Inovatif dan Dedikasi..Mempunyai murid seramai 635 orang murid termasuk murid pendidikan khas,pra sekolah.Guru seramai 51 orang,staf sokongan 9 orang ,pekerja pembersihan 6 orang dan pengawal keselamatan 4 orang.Sejak sekolah ini dibuka pada 1933 guru besar adalah seramai 10 orang sehingga kini.
Sebagai di antara sekolah yang terawal di dalam daerah ini,tentunya banyak cabaran dan kesulitan telah dialami.Kemudahan fizikal yang tidak mencukupi menyebabkan iklim pembelajaran yang kurang kondusif akibat pertambahan jumlah murid tahun demi tahun disebabkan kawasanyang dahulunya hutan telah diteroka sebagai kawasan perindustrian dan perumahan.
Namun dengan kegigihan dan kesungguhan para guru,kakitangan sekolah,murid dan kerjasama PIBG,pelbagai kemajuan dan kejyaan telah dikecapi dan dibanggakan baik dari segi kemudahan fizikal hinggalah ke bidang akademik serta kokurikulum selaras dengan moto sekolah “BERGUNA”.

