top of page

Piagam Pelanggan

 

Kami warga SK Kangka Tebrau, Johor Baru, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji untuk menumpukan seluruh dan usaha kami untuk:

  • Memastikan sistem pendidikan dilaksanakan dengan lancar dan baik di sekolah,bagi memenuhi matlamat serta kehendak individu,masyarakat dan Negara serta memenuhi matlamat perpaduan Negara.

  • Menyediakan staf yang mencukupi,berdedikasi,komited,berdisiplin,bertanggungjawab dan produktif.

  • Memastikan murid mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan.

  • Menentukan guru dan kakitangan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.

  • Sentiasa peka dan responsive kepada kehendak dan keperluan pelanggan ,masyarakat dan kerajaan.

  • Menentukan segala aduan dan rayuan kepada sekolah diberi jawapan secepat mungkin.

  • Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap,tepat dan cekap.

  • Sentiasa bersedia dan menerima pendapat,cadangansyor dan teguran yang membina  dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

  • Memberi layanan yang mesra,khidmat yang cekap,dan jawapan yang segera kepada semua permasalah yang dikemukakan.

Penafian / Disclaimer

Sebarang muat turun samada grafik, aplikasi, borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak SK Kangka Tebrau, Pasir Gudang tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap maklum

Hakcipta Terpelihara © 2013-2018, Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau

bottom of page